Sunday, 13 November 2011

Greyson Chance Kagum &Teruja Bertemu Najwa Latif (Fakta Cool Tentang Si Budak Jambu!)

“Ya, saya teruja membuat persembahan di anugerah yang berprestij sekaligus membuat persembahan dengan Najwa Latif,” ujar pelantun lagu ‘Unfriend’ kelahiran Oklahoma, Greyson Chance ketika ditanyakan tentang perasaannya bakal membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM-18) Sabtu ini.
Signifikannya, kemunculan remaja berusia 14 tahun ini yang merupakan sensasi laman Youtube seantero dunia bakal berkongsi pentas dengan sensasi Youtube Malaysia, Najwa Latif yang terkenal menerusi lagu,’Cinta Muka Buku’.
Greyson sewaktu di sidang media ‘Greyson Chance Live in Malaysia Showcase’, di sini semalam mengakui dia baru sahaja selesai memilih pakaian yang akan dipakai pada malam anugerah tersebut sambil menyatakan tidak sabar bertemu dengan Najwa untuk sesi latihan (malam semalam).
Ketika ditanya sama ada dirinya mengenali atau pernah mendengar tentang Najwa sebelum ini, anak didik Ellen DeGeneres ini dengan jujur mengakui mengenali Najwa Latif lewat Youtube.
“Ya, saya meminati semua karya Najwa. Bagi saya dia seorang yang hebat dan saya tidak sabar untuk membuat persembahan dengannya. Kami akan membuat persembahan tiga buah lagu medley yang menarik,” ujar Greyson penuh teruja.
Enggan memberitahu dengan lebih lanjut mengenai tajuk lagu yang bakal dipersembahkan oleh duo sensasi Youtube ini,Greyson hanya mampu menjanjikan persembahan hebat, mantap dan indah khusus buat sekalian peminat di Malaysia.
Kunjungan pertama kalinya ke Malaysia ini tidak hanya semata-mata untuk persembahan khasnya di malam AIM nanti sebaliknya, Greyson bakal memukau ribuan peminat menerusi showcaset sulungnya, ‘Greyson Chance Live in Malaysia’, hari ini di KL Live, Life Centre pada pukul 8.30 malam.
Tidak hanya menghiburkan peminat di Semenanjung Malaysia, konsert ini turut diadakan di 1Borneo Hyper Mall, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 November ini.
Kepada sekalian peminat Greyson yang teringin nak saksikan persembahan sulung Greyson, bolehlah mendapatkan sepasang pas percuma dengan setiap pembelian album, ‘Hold On ‘Till The Night’ di outlet yang terpilih. Untuk maklumat lanjut silalah layariwww.universalmusic.com.my.
Fakta Menarik Tentang GREYSON CHANCE
  • Suka melancong, fotografi
  • Dah berhenti sekolah dan belajar, ambil peperiksaan secara online
  • Sukakan subjek Matematik
  • Suka minum kopi, suka berenang, suka musim sejuk dan gayat orangnya.
  • Pernah ‘cinta monyet’ dengan seorang kanak-kanak perempuan bernama Riley masa sekolah tadika dulu.
GREYSON CHANCE Dalam 3 Perkataan:
  1. Clumsy
  2. Brave
  3. Fun